HARI KEDUA SIMULASI PENGOPERASIAN PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) ASTRAZENECA PERSADA JOHOR

JOHOR BAHRU, 6 Jun 2021 – Hari ini sekali lagi telah berlangsung Simulasi Pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ASTRAZENECA PERSADA JOHOR yang telah dihadiri oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia. Turut hadir bersama adalah YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ketua Polis Johor, Panglima 7Briged, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pengurusan), Pegawai Daerah Johor Bahru, Pengarah Keselamatan Negeri Johor dan Ketua-Ketua Jabatan agensi yang terlibat.

Simulasi ini bertujuan untuk memastikan segala persiapan telah lengkap bagi kelancaran pemberian vaksin AstraZeneca bagi Negeri Johor yang akan bermula pada 7 Jun 2021 (Isnin). Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …