PEMANDU BAS HENTI-HENTI DAFTAR VAKSIN C19

SANDAKAN, 15 APRIL: Taklimat Kesedaran Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 telah diadakan di kalangan pemandu bas henti-henti daerah Sandakan di bawah Program “INFO ON WHEELS” anjuran Jabatan Penerangan (JPEN) dengan kerjasama Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Cawangan Sandakan.

Initipati program ini adalah untuk memberi pendedahan dan pendekatan yang jelas kepada rakyat berkenaan Program Imunisasi Kebangsaan dan menerangkan kaedah pendaftaran sebagai penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera.

Di samping itu, kaunter pendaftaran MySejahtera secara manual dibuka dan dilaksanakan bersama pegawai JPEN yang lain dengan kehadiran pemandu bas henti-henti di Terminal Bas, Sandakan.

Secara keseluruhannya, slot taklimat ini berjalan dengan lancar dan diharapkan rakyat negeri Sabah lebih yakin menerima suntikan vaksin dan mampu mencapai imuniti kelompok iaitu 80 peratus rakyat perlu disuntik dengan vaksin COVID-19.

Artikel/Berita Terkini

MURID TAHUN 2 MAUT, NENEK PARAH TERBABIT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Setiu: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut manakala neneknya cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan …

BEKALAN DARAH NEGARA: MENGAPA KITA SENTIASA MEMERLUKAN PENDERMA?

Darah merupakan satu keperluan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara. Setiap hari, terdapat pesakit yang memerlukan darah akibat kemalangan, pembedahan, …

MANFAAT PELUH KEPADA KESIHATAN

Peluh merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar peluh pada kulit manusia. Pengeluaran peluh biasanya berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti fizikal, …