TURUN PADANG TINJAU SENDIRI

KUALA LUMPUR, 13 APRIL 2021 –  YBhg. Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah turun padang untuk melihat sendiri proses pengagihan makanan di Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku, Kuala Lumpur.

Makanan sumbangan oleh NGO ini telah diagihkan kepada golongan yang memerlukan dengan pematuhan SOP dan berada dalam keadaan yang teratur. Tinjauan terhadap 2 lagi pusat pengagihan iaitu di Pusat Transit Gelandangan, Jalan Pahang dan Pusat Pembelajaran Komuniti, Chow Kit turut mendapati proses pengagihan berjalan lancar dan dalam keadaan teratur.

Datuk Bandar Kuala Lumpur menzahirkan rasa puashatinya terhadap proses pengagihan makanan di ketiga-tiga pusat ini dan menyeru pihak yang ingin menyalurkan sumbangan supaya menyalurkannya menerusi pusat-pusat ini.

DBKL kini tidak lagi membenarkan mana-mana pihak yang ingin menyumbang makanan atau barangan kepada golongan gelandangan secara terus di lapangan.

Mereka perlu menyumbangkannya menerusi pusat-pusat ini bagi tujuan kawalselia. Maklumat bagi tujuan sumbangan boleh hubungi talian 03 26176321 (waktu pejabat sahaja).

 

 

Sumber: https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …