OPERASI BERSEPADU TASK FORCE MKN NEGERI SEMBILAN DI BAZAAR RAMADAN DAERAH SEREMBAN

                                                                                         SEREMBAN, 14 APR – Satu Operasi Bersepadu Pemantauan SOP Bazar Ramadan sekitar daerah Seremban telah diadakan dengan diketuai oleh Ketua Polis daerah Seremban dan Pegawai-pegawai Task Force Operasi Pematuhan dan Penguatkuasaan MKN Negeri Sembilan serta Pegawai Penguatkuasa Majlis Bandaraya Seremban. Sebanyak enam (6) tapak bazaar Ramadan terlibat dalam operasi ini iaitu Bazaar Ramadan Stadium Paroi, Bazaar Ramadan Taman Matahari Heights, Bazaar Ramadan Bandar Prima Senawang, Bazaar Ramadan Tapak Parking Mydin, Bazaar Ramadan Garden Homes Seremban 2 dan Bazaar Ramadan One Avenue, Seremban 2.

Seramai kira-kira 30 orang pegawai dan anggota telah terlibat dalam operasi ini di mana Ketua Polis Daerah Seremban sendiri telah turun padang bagi memantau dan memastikan pematuhan SOP Bazaar Ramadan sentiasa dititik beratkan oleh para pengunjung. Hasil operasi bersepadu mendapati, ketidak patuhan yang paling ketara dapat dilihat sepanjang 2 hari pertama bazaar Ramadan dibuka ialah kegagalan mematuhi penjarakan sosial sesama pengunjung seperti yang telah ditetapkan dalam SOP. Selain itu, penganjur Bazaar Ramadan di sekitar Daerah Seremban dilihat turut melaksanakan inisiatif pematuhan SOP seperti memastikan kawalan masuk pengunjung bagi mengelakkan kesesakan, pendaftaran pengunjung melalui MySejahtera, penyediaan cecair sanitasi (hand sanitizer) dan laluan khusus antara peniaga sepanjang Bazaar Ramadan.

Pasukan Task Force Operasi Pematuhan SOP telah melaksanakan tindakan advokasi dan teguran terhadap ketidak patuhan dan perlanggaran SOP yang berlaku dan sekiranya perlanggaran SOP didapati berulang, tindakan yang lebih tegas termasuk kompaun dan arahan penutupan bazaar akan dikenakan.

                   

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …