PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP PKP @ BSN

Satu tinjauan telah dilaksanakan ke atas Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Danau Kota, Jalan Genting Klang, Setiawangsa dan Brickfields bagi memantau dan melihat keadaan semasa kehadiran masyarakat ke premis berkenaan bagi tujuan urusan tuntutan Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) Fasa 2.

Tinjauan adalah bertujuan untuk memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan BSN serta tahap kepatuhan masyarakat yang hadir bagi urusan tersebut.

Berdasarkan kepada tinjauan di lapangan, mendapati premis serta staf-staf BSN ini dilihat mematuhi serta fokus di dalam melaksanakan/mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan membuat perlaksanaan seperti berikut:

1) Pemeriksaan suhu pengunjung yang masuk ke premis perbankan;

2)  Menyediakan buku daftar masuk/mysejahtera QR code scanner;

3)  Penyediaan hand sanitizer;

4)  Penggunaan pelitup muka;

5)  Penjarakan sosial (social distancing);

6)  Penandaan yang dibuat pada kerusi, lantai, kaunter dan pintu masuk bagi tujuan untuk memastikan kawalan penjarakkan sosial;

7) Membuat pemantauan dan kawalan di dalam premis;

8) Menghadkan jumlah pengunjung yang berurusan di dalam premis bagi satu-satu masa;

9) Mewujudkan beberapa kaunter/PC tambahan kepada pengguna yang berurusan;dan

10) Mensanitasi peralatan yang digunasama oleh pengguna

Penambahan jumlah pengunjung yang hadir dan menunggu di luar premis bagi tujuan urusan ini berlaku hanya pada waktu-waktu tertentu mulai jam 0930 pagi hingga jam 1130 pagi. Namun begitu, keadaan di luar permis tersebut adalah terkawal dan sentiasa dipantau oleh pihak pengurusan BSN serta pengawal keselamatan yang bertugas. Masyarakat juga turut menunjukkan tahap pematuhan SOP yang baik walaupun terpaksa menunggu lebih lama bagi mendapatkan giliran urusan mereka.

Selain daripada itu, pembayaran BPN 2.0 Fasa 2 yang dibayar mengikut peringkat iaitu B40 bermula 21 Jan 2021 dan M40 bermula pada 25 Jan 2021 juga memainkan peranan penting untuk mengawal kebanjiran masyarakat di premis berkenaan dalam satu-satu masa. Dapat dilihat juga rondaan, pemantauan serta ingatan terhadap pematuhan SOP dilaksanakan oleh Unit Peronda PDRM kepada pengunjung-pengunjung yang hadir bagi melaksanakan urusan di premis-premis BSN tersebut.

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut