OPERASI NYAHKUMAN COVID-19 DI PPR SRI AMAN, JINJANG

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar (JKAS) serta Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar (JPKKB) hari ini, 23 Januari 2021 (Sabtu) telah melaksanakan operasi nyahkuman di PPR Sri Aman, Jinjang.

 

Operasi diketuai oleh Dr. Nor Halizam, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Kesihatan Awam JKAS melibatkan seramai 61 orang petugas dari pelbagai perjawatan. Operasi turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Penduduk PPR tersebut.

 

Operasi nyahkuman ini telah melibatkan kawasan blok kediaman, blok tempat letak kereta bertingkat, taman permainan, Taska, Tadika, Surau, Pejabat Kecil Perumahan dan kawasan kedai.

 

Taklimat dan penerangan juga telah diadakan di antara persatuan penduduk dan Dr. Halizam serta Pelawat Perumahan PPR tersebut untuk mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah penularan covid di kalangan penduduk.

Kerjasama semua pihak yang menjayakan operasi nyahkuman pada hari ini adalah amat dihargai.

Jika bukan kita…siapa lagi yang akan jaga kita.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …