Notis amaran ancaman ‘Anonymous Malaysia’

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mengeluarkan satu notis amaran kepada semua agensi kerajaan, bagi mencegah dan meminimumkan impak ancaman serangan siber.

Ia susulan penularan satu video di media sosial dikeluarkan ‘Anonymous Malaysia’ baru-baru ini, yang menyentuh beberapa isu serangan siber menjurus kepada ancaman untuk menggodam laman web kerajaan.

MKN dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya juga bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengkoordinasi maklumat untuk tindakan lanjut.

Pada masa sama, katanya, kerajaan sentiasa memandang serius, mengambil berat dan memberi keutamaan terhadap keselamatan infrastruktur teknologi maklumat serta sistem kritikal negara.

“Ia dengan menggariskan tindakan pengukuhan sistem teknologi maklumat, termasuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai berkaitan.”

Tindakan ini jelas digariskan menerusi Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) dilancarkan pada Oktober 2020.

“Strategi ini menggariskan tindakan bagi mengukuhkan sistem ICT (teknologi komunikasi dan maklumat) serta sistem kritikal negara termasuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai berkaitan,” katanya.

Semalam, pengguna Facebook itu menerusi video dimuat naik berdurasi dua minit 29 saat antara lain mendakwa, serangan siber terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum ini berpunca kerana kerajaan tidak menyokong usaha membangunkan sektor teknologi maklumat.

Pengguna terbabit menegaskan perkara itu sudah berlarutan lama dan pihaknya akan kembali membuat kemunculan.

Sumber: Berita Harian

 

Artikel/Berita Terkini

JKDM SABAH RAMPAS MINUMAN KERAS DALAM LIMA KONTENA BERNILAI LEBIH RM1.9 JUTA

RAMPAS: Mohd Nasir menunjukkan rampasan minuman keras semasa sidang media di sini. KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah …
Maklumat Lanjut

DUN SABAH LULUS TIGA RUU

BENTANG: Hajiji ketika membentangkan RUU Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 pada Persidangan DUN Sabah. KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) …
Maklumat Lanjut

MCMC SEDANG MENGESAN INDIVIDU TERLIBAT DALAM PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI AI YANG MENYUNTING GAMBAR SEHINGGA MENGAIBKAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL

MCMC SEDANG MENGESAN INDIVIDU TERLIBAT DALAM PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI AI YANG MENYUNTING GAMBAR SEHINGGA MENGAIBKAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL Suruhanjaya Komunikasi dan …
Maklumat Lanjut