HEBAHAN PEMATUHAN SOP TIM TASK FORCE MELAKA TENGAH

Hebahan Pematuhan SOP Tim Taskforce Melaka Tengah dipergiatkan di kawasan tumpuan awam.

Operasi lokasi pilihan tertumpu di:

  • Family Store Bukit Rambai
  • Premis Perniagaan Taman Rambai Jaya
  • BSN Taman Rambai Jaya
  • Pasaraya Eco Tanjung Minyak
  • Premis Perniagaan Cheng
  • Institusi Perbankan Cheng
  • Tesco Cheng
  • Premis Perniagaan kawasan Krubong Jaya

Hebahan bergerak Info On Wheel (IOW) Jabatan Penerangan Negeri Melaka bersama agensi penguatkuasa PDRM Tanjung Minyak adalah bagi memberi peringatan kepada masyarakat mengenai pematuhan SOP agar mereka lebih peka dan berwaspada selepas negeri Melaka turut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula 13 Januari hingga 4 Februari 2021.

Edaran bahan penerbitan mengenai Pembudayaan Norma Baharu juga turut dilakukan kepada masyarakat di kawasan tumpuan.

#kitajagakita  #staysafe  #stayhome  #MelakapatuhSOP

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …