HEBAHAN IOW PEMATUHAN SOP DI KAWASAN TUMPUAN AWAM

Sungai Udang, Melaka – Team Jabatan Penerangan Negeri Melaka bersama pihak berkuasa dari Balai Polis Sungai Udang telah melakukan rondaan dan hebahan bergerak kepada umum mengenai pematuhan SOP PKP 2.0. Tujuan utama diadakan hebahan bergerak ini adalah untuk memberi peringatan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai pematuhan SOP agar mereka lebih peka dan berwaspada selepas negeri Melaka turut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula 13 Januari hingga 4 Februari 2021.

Hebahan bergerak ini akan terus dijalankan bersama team Taskforce negeri Melaka secara berjadual di setiap daerah dan fokus diberikan di kawasan tumpuan orang ramai dan kawasan berisiko tinggi penularan wabak COVID-19.

Langkah-langkah bagi mengekang penularan wabak covid19 turut diamalkan oleh masyarakat tempatan iaitu memakai pelitup muka di tempat awam dan mengamalkan penjarakkan fizikal 1 meter.

 

Hasil tinjauan mendapati, masyarakat mematuhi arahan dan SOP yang telah dikeluarkan oleh MKN.

 

Syabas orang Melaka!!!

#MelakapatuhSOP

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …