PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU BERSAMA JAWATANKUASA MASJID DAN PEGAWAI SYARAK NEGERI MELAKA

Bukit Palah, Melaka – Jabatan Agama Islam (JAIM) dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka telah menganjurkan Program Pembudayaan Norma Baharu bersama Jawatankuasa Masjid dan Pegawai-Pegawai Syarak Negeri Melaka. Program ini diadakan bertujuan untuk memperluas pembudayaan norma baharu seiring dengan hasrat Kerajaan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat secara menyeluruh. Institusi yang terlibat memainkan peranan yang cukup penting dalam membantu Kerajaan menyebar luaskan maklumat yang tepat kepada masyarakat setempat khususnya dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak Pandemik COVID19.

Ceramah disampaikan oleh Encik Mohd Shahrizan Mahamood dari Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan DSP Nor Azlinda binti Nordin, dari PDRM Negeri Melaka. Program yang melibatkan seramai 350 orang Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan Pegawai-Pegawai Syarak ini turut dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Turut hadir ialah YB Datuk Rahmad Mariman, Exco Kesihatan dan Anti Dadah, YB Datuk Md. Rawi Mahmud, Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Md. Azhan Samat, Pengarah JAIM dan Tuan Mohd Nasrul bin Menhat, Pengarah MKN Melaka.

Program yang dijalankan turut mematuhi SOP Yang ditetapkan iaitu:

  • Jemputan yang hadir mendaftar melalui MySejahtera
  • Memakai pelitup muka dengan betul
  • Menjaga penjarakkan fizikal
  • Makanan diedarkan secara pack food

YAB Ketua Menteri menyempurnakan Gimik Perasmian Program Pembudayaan Norma Baharu

Antara tetamu yang hadir mematuhi SOP yang ditetapkan

Encik Mohd Shahrizan Mahamood menyampaikan ceramah kepada para peserta

Artikel/Berita Terkini

‘SETIAP SEN DISALUR AMANAH DARIPADA RAKYAT’ – AMINUDDIN

Pengerusi dan seluruh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diingatkan supaya berintegriti dalam pengurusan dana kerajaan. Menteri Besar Negeri Sembilan, …
Maklumat Lanjut

KPDN NEGERI SEMBILAN GEMPUR 25 PREMIS JUALAN LANGSUNG

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan telah menjalankan pemeriksaan terhadap 25 premis jualan langsung menerusi …
Maklumat Lanjut

BIARKAN PROSES UNDANG-UNDANG BERJALAN: HAJIJI

HAJIJI KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada …
Maklumat Lanjut