PENYAMPAIAN KAIN RENTANG DAN BUNTING PEMBUDAYAAN NORMA BARU DI DAERAH GOMBAK DAN KLANG

Penularan wabak COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada kelangsungan hidup, keselamatan dan kesihatan di dalam komuniti. Kawalan pergerakan dan limitasi yang dikuatkuasa dalam beberapa perkara bagi tujuan menjaga kesihatan komuniti perlu dibuat bagi membendung perebakan wabak ini. Komuniti seharusnya memahami bahawa wabak COVID-19 akan terus berada di kalangan dan persekitaran  sehingga vaksin dapat ditemui.

Memandangkan tiada pilihan lain, amalan norma baru kehidupan dalam suasana wabak COVID-19 yang masih menular perlu diperkukuhkan di kalangan masyarakat dan komuniti setempat. SOP dan peraturan penjarakan fizikal, amalan kebersihan, pemakaian pelitup muka di samping menjauhi 3C (crowded places, confined spaces dan close conversation) perlu menjadi amalan pada setiap masa.

Menyedari keperluan pembudayaan norma baru yang perlu diterapkan di peringkat akar umbi, MKN Selangor telah mengambil inisiatif untuk menempatkan kain rentang dan bunting pembudayaan norma bagi membendung penularan wabak COVID-19 diteruskan ke Pejabat Daerah Gombak dan Klang pada 17 dan 18 Disember 2020.  Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Puan Faizatul Aini Mohd Adnan Pengarah MKN Negeri Selangor dan penerimaan oleh YBrs. Tuan  Mohamad Shukri Hamim, Pegawai Daerah Gombak dan YBrs. Tuan Haji Mohd Zainal Mohd Nor , Pegawai Daerah Klang. Kain rentang dan bunting akan dipasang dan diletakkan di tempat-tempat strategik bagi memberi peringatan kepada komuniti untuk mematuhi SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …