OPERASI TINDAKAN KHAS PUSAT HIBURAN

KUALA LUMPUR, 24 DISEMBER 2020 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) dengan kekuatan seramai 12 orang pegawai dan 33 orang lain-lain pangkat telah melaksanakan Operasi Tindakan Khas Pusat Hiburan di Jalan Radin Tengah, Seputeh dan Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail pada jam 9.00 malam tadi dan berakhir jam 2.00 pagi 25 Disember 2020.

Operasi khas ini melibatkan pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan terhadap 4 buah premis di 2 buah lokasi terbabit berkaitan pengoperasian pusat hiburan yang melanggar syarat lesen dan lain-lain kesalahan.

Tindakan menutup premis hiburan telah dilaksanakan terhadap 4 buah premis, 3 notis pemberitahuan kertas siasatan (IP) dan 3 tindakan notis tutup premis (sealed) di bawah Seksyen 17 Akta Hiburan (WPKL) 1992 dan 1 tindakan notis tutup premis di bawah Seksyen 18(1) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta tindakan sita ke atas 10 unit pelbagai peralatan hiburan (komputer riba, monitor, mixer, microphone dan Lighting Controller).

Tindakan penguatkuasaan ini dilakukan di bawah Akta Hiburan (WPKL) 1992 dan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta mengikut bidang kuasa dan S.O.P DBKL.

“Operasi seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa”

#kualalumpurkitapunya

#klbandarku

Sumber: FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …