KOMUNITI PUTRAJAYA KUTIP 80 KG SAMPAH

PUTRAJAYA, 19 September 2020 – Lebih 80 kilogram sisa sampah berjaya dikumpulkan pada Program Hari Kebersihan Sedunia 2020 peringkat Putrajaya. Program tahunan yang dianjurkan bersempena sambutan Hari Kebersihan Sedunia dijayakan oleh 170 sukarelawan daripada pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO).

Sebanyak 9,753 puntung rokok, 18.66 kg botol plastik, 3.37 kg botol kaca, 3.58 kg tin aluminium dan 101 keping pelitup muka. Selain itu sebanyak 57.8 kg pelbagai jenis sisa sampah lain berjaya dikutip pada program sama.

Sukarelawan yang menyertai program berkenaan adalah seramai 170 sukarelawan terdiri daripada Trash Hero, Perbadanan Putrajaya (PPj), Konsesi Alam Flora Putrajaya dan penduduk setempat. Ianya berlangsung di tiga lokasi iaitu Presint 15, Presint 8 dan Presint 9.

#SayangiAlamSekitar

#KebersihanAlamSekitarTanggungjawabBersama

Sumber: Pertadanan Putrajaya dan Akhbar Kosmo

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …