KEBUN KOMUNITI @ PUTRAJAYA

KEMPEN Bumi Hijau yang dilaungkan bermula 2008, membuka ruang penduduk setempat khususnya di Putrajaya mendapatkan pendapatan sampingan apabila masing-masing mula mengamalkan pertanian bandar di kawasan kediaman. Malah susulan usaha murni itu, Program Pertanian Bandar Putrajaya diketengahkan dan hasilnya, empat kawasan diluluskan sebagai Kebun Komuniti.  Kawasan berkenaan ialah Kebun Komuniti 1 adalah di Taman Rimba Desa Presint 9 manakala Kebun Komuniti 2 di Presint 8, Kebun Komuniti 3 (Presint 9) dan Kebun Komuniti 4 di Presint 14.

Konsep tersebut menggalakkan komuniti Putrajaya mengamalkan amalan gaya hidup hijau (greenlife-style) dengan bercucuk tanam serta amalan untuk pemeliharaan alam sekitar lestari dan amalan penjimatan tenaga, air dan kitar semula

Selain itu terdapat dua kebun ternakan madu kelulut komuniti di Taman Rimba Desa Presint 9 yang diusahakan Koperasi Komuniti Putrajaya Berhad dan kebun ternakan madu kelulut komuniti yang diusahakan Persatuan Penduduk Presint 15H.

Selain menambah sumber pendapatan sampingan penduduk setempat yang mengusahakan program di bawah konsep persepakatan Local Agenda 21 (LA21) Putrajaya turut mendapat sokongan daripada Kementerian Wilayan Persekutuan, Perbadanan Putrajaya (PPj) dan rakan-rakan strategik lain.

Hasil tanaman seperti buah rock melon dan cili berupaya memberi pulangan sehingga ribuan ringgit setiap kali musim tuai, malah, ia turut dijadikan sebagai cenderahati korporat oleh agensi-agensi kerajaan.

Perbadanan Putrajaya akan terus memudahcarakan pelaksanaan Program Pertanian Bandar Putrajaya dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat setempat selain cuba membantu memperluaskan lagi program-program seumpama­nya untuk tujuan pelancongan dan kepelbagaian sumber makanan yang boleh memberi pulangan ekonomi kepada rakyat setempat di Putrajaya.

Sumber: FB Perbadanan Putrajaya & Wilayahku

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …