MyGrocer@WILAYAH

MENYEDARI kesukaran hidup yang dilalui oleh golongan miskin bandar di Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) dalam menangani kos sara hidup di saat persekitaran ekonomi yang tidak menentu ini, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) tampil membantu menerusi program inisiatif Wilayah Prihatin.

Projek perintis MyGrocer@Wilayah yang masih dalam tempoh percubaan ini dilihat sehabis baik cuba meringankan beban golongan ini agar tidak terlalu terhimpit dalam menjalani kehidupan
seharian di ibu kota.

Program hasil usahasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan rakan strategik, Rumah Nenek Sdn Bhd ini mampu memberi kepuasan kepada penduduk untuk mendapatkan barangan basah melalui trak saji. Konsep baharu ini iaitu menggunakan trak saji dilihat lebih kemas dan kurang mengundang longgokan sampah sarap dan ianya lebih mesra pengguna.

Bukan hanya menawarkan harga yang jauh lebih murah, MyGrocer@Wilayah turut memudahkan pengguna mengendalikan keperluan harian disebabkan barangan yang dijual seperti ikan dan ayam sudah siap diproses dan dipotong. Tiada proses potong memotong dijalankan sebaliknya ayam atau ikan sudah siap dibersihkan sebelum dibungkus untuk jualan, ia juga diletakkan di dalam peti sejuk beku. Bagi memastikan kesegaran dan keselamatan makanan,  ayam atau ikan dipotong pada waktu malam untuk dijual pada keesokan harinya. Konsep jualan yang dilaksanakan itu juga sejajar dengan pelaksanaan norma baharu iaitu tidak boleh berkumpul di samping menjaga penjarakan fizikal.

PROGRAM MyGrocer@ Wilayah yang dilaksanakan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) membantu golongan berpendapatan rendah dan penduduk di projek perumahan rakyat (PPR) serta perumahan awam (PA) mendapatkan bekalan bahan mentah

MyGrocer@Wilayah yang baharu dilaksanakan dua minggu mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penduduk projek perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awam (PA). Sejajar dengan itu, trak jualan akan ditambah daripada empat kepada lima buah bagi memudahkan pelanggan membeli barangan keperluan harian. Untuk tempoh percubaan, ianya melibatkan 36 lokasi PPR/PA serta lima buah trak yang beroperasi antaranya di PPR Jalan Jelatek, PPR Seri Semarak, PA Seksyen 10, Wangsa Maju dan beberapa lagi.

Sila semak Jadual Operasi MyGrocer@Wilayah yang berdekatan untuk mendapatkan barangan keperluan anda! 

#wilayahprihatin

#kekalselamat

#kekalsihat

Sumber: Wilayahku 

Artikel/Berita Terkini

OPERASI PENGUATKUASAAN KESALAHAN TRAFIK DALAM OP REMPIT OLEH BPJKK DAN BSPT DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang) Satu operasi rempit yang melibatkan pelajar …
Maklumat Lanjut

KPDN PULAU PINANG TERUSKAN PENGUATKUASAAN BERKALA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang) Pemeriksaan Ops ATM, Ops Pantau 2023, …
Maklumat Lanjut

JPJ PULAU PINANG: PENGUATKUASAAN MELETAK KENDERAAN DI TEMPAT TIDAK DIBENARKAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau …
Maklumat Lanjut