KOMUNITI PUTRAJAYA KUTIP 80 KG SAMPAH

PUTRAJAYA, 19 September 2020Lebih 80 kilogram sisa sampah berjaya dikumpulkan pada Program Hari Kebersihan Sedunia 2020 peringkat Putrajaya. Program tahunan yang dianjurkan bersempena sambutan Hari Kebersihan Sedunia dijayakan oleh 170 sukarelawan daripada pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO).

Sebanyak 9,753 puntung rokok, 18.66 kg botol plastik, 3.37 kg botol kaca, 3.58 kg tin aluminium dan 101 keping pelitup muka. Selain itu sebanyak 57.8 kg pelbagai jenis sisa sampah lain berjaya dikutip pada program sama.

Sukarelawan yang menyertai program berkenaan adalah seramai 170 sukarelawan terdiri daripada Trash Hero, Perbadanan Putrajaya (PPj), Konsesi Alam Flora Putrajaya dan penduduk setempat. Ianya berlangsung di tiga lokasi iaitu Presint 15, Presint 8 dan Presint 9.

#SayangiAlamSekitar

#KebersihanAlamSekitarTanggungjawabBersama

Sumber: Pertadanan Putrajaya dan Akhbar Kosmo

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut