SOP PEMBUKAAN SEKOLAH

Selepas hampir tiga bulan sekolah diarahkan tutup, sesi persekolah mula dibuka semula secara berperingkat bermula 15 Julai 2020. Tim Pemantauan MKN WPKL telah melaksanakan pemantauan di sekolah-sekolah sekitar ibu kota bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak COVID-19 menjadi norma baharu yang perlu dipatuhi oleh pelajar sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Antara sekolah-sekolah yang telah dilawati oleh Tim Pemantauan adalah di SMK Convent Bukit Nanas, SMK Puteri Titiwangsa dan SK Jalan Kuantan 2. Kawasan tumpuan pemantauan adalah di kawasan pintu masuk dan balik sekolah, kawasan bilik darjah serta di tempat berkumpul seperti di kantin.

Tim Pemantauan turut melihat sendiri bagaimana pihak pentadbiran sekolah melaksanakan prosedur ketika menerima kehadiran pelajar dan setelah sesi persekolah tamat. Hasil pemantauan mendapati bahawa para guru berjaya memastikan pelajar mengamalkan SOP dengan baik termasuklah ketika waktu rehat

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempunyai garis panduan yang lengkap berkaitan SOP pencegahan jangkitan wabak COVID-19. Di samping itu juga, pihak pengurusan sekolah sendiri telah mengambil inisiatif merangkan SOP tambahan bagi memastikan persekitaran yang lebih selamat bagi pelajar. SOP tambahan ini turut dikongsikan oleh Tim Pemantauan MKN WPKL apabilah melakukan pemantauan ke sekolah-sekolah lain.

Pemantauan yang dilaksanakan telah mendapat kerjasama yang amat baik daripada pihak sekolah yang terlibat bagi memastikan sekolah di Wilayah Persekutuan bebas COVID-19.

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut