SOP SRS SEMASA PKPP

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN) WPKL dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) WPKL telah menganjurkan Taklimat SOP berkaitan Skim Rondaan Sukarela (SRS) semasa tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Tujuan utama penganjuran program tersebut adalah untuk memperkasakan peranan Rukun Tetangga sebagai sebuah pertubuhan sukarela yang dilihat dapat membantu Kerajaan memastikan masyarakat mematuhi SOP sepanjang tempoh PKPP.

Sesi taklimat berkaitan SOP SRS telah disampaikan oleh YBrs. Encik Zulkhairi Zainal, Timbalan Pengarah, Jabatan PERPADUAN WPKL. Manakala sesi soal jawab turut disertai oleh Puan Azizah Mohamed Said, Pengarah Keselamatan Negeri, MKN WPKL bersama pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri WPKL dan IPD Dang Wangi.

Berdasarkan kepada hasil sesi soal jawab yang telah diadakan bersama para peserta, didapati tahap kefahaman di kalangan para peserta amat baik, selain mereka dilihat boleh menerima perlaksanaan SOP mengikut norma baharu.

Artikel/Berita Terkini

DUN SABAH: KERAJAAN NEGERI TEKAD TANGANI ISU BEKALAN AIR

KOTA KINABALU (18 April): Kerajaan Sabah bertekad untuk terus menangani isu bekalan air di negeri ini selain akan turut memperkasa …
Maklumat Lanjut

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) YDH CP …
Maklumat Lanjut

PEMBATALAN PENERBANGAN: KESELAMATAN PENUMPANG JADI KEUTAMAAN – KETUA MENTERI

KOTA KINABALU (18 April): Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata keselamatan penumpang menjadi keutamaan berikutan langkah syarikat penerbangan …
Maklumat Lanjut