Nak Potong Rambut Boleh…. Tapi SOP Kena Ikut

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pihak kerajaan telah memberi kebenaran kepada penggunting dan jurugaya rambut serta yang mengusahakan dandanan serta solekan untuk memulakan operasi perniagaan mereka mulai 10 Jun 2020. Pengumuman ini jelas melegakan pengusaha-pengusaha sektor perkhidmatan terlibat yang bergantung pendapatan daripada perniagaan tersebut.

Menyedari wabak Koronavirus (COVID-19) amat mudah berjangkit melalui sentuhan, maka Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk dipatuhi sebagai norma baharu operasi bagi kedai dandanan dan gunting rambut di seluruh negara. Sebagai langkah penguatkuasaan SOP, Tim Pemantauan MKN WPKL telah melaksanakan pemeriksaan ke atas premis-premis yang menawarkan perkhidmatan gunting dan dandanan rambut.

Pemeriksaan mendapati tahap pematuhan SOP kedai gunting dan dandanan rambut di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah amat baik.  Pemantauan turut mendapati pelanggan juga sudah membiasakan diri dengan keadaan norma baharu perkhidmatan tersebut. Pengusaha-pengusaha kedai gunting dan dandanan rambut sentiasa dinasihatkan agar mematuhi SOP serta tidak sesekali mengambil ringan SOP sedia ada demi mendapat keuntungan yang sedikit sehingga menyebabkan wabak COVID-19 kembali menular di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

Artikel/Berita Terkini

KUASAI AI, SEDIA HADAPI PERUBAHAN DUNIA

TERIMA KASIH: Sapawi (dua kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Isnin sempena majlis perasmian itu. KOTA KINABALU: Kerajaan terus memperkukuhkan agenda pembangunan …

TARIKH-TARIKH PENTING PILIHANRAYA NEGERI MELAKA KE 16 – TIDAK BENAR

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan bahawa grafik berhubung “Tarikh-Tarikh Penting Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16” yang sedang tular …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …