MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS DAN PERBARISAN SEMPENA PERTUKARAN KETUA POLIS PERAK

IPOH, 07 September 2020 – Semalam telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Perak diantara YDH CP Dato’ Razarudin bin Husain dengan YDH DCP Datuk Goh Boon Keng, Timbalan Ketua Polis Perak di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak.

Ketua Polis Perak akan bertukar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan jawatan baharu sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, tahniah diucapkan. Majlis serah menyerah tugas ini telah disaksikan oleh YDH CP Dato’ Zainal Abidin bin Kasim, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM.

Turut diadakan Majlis Serah Menyerah Tugas Jawatan Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak diantara YBhg. Datin Zainah binti Othman dan YBhg. Datin Loh Tip Lai, Naib Pengerusi PERKEP PDRM Perak. Majlis serah menyerah ini telah disaksikan oleh YBhg. Prof. Madya Datin Hjh. Roseleena binti Hj. Mohamed Noor,
Pengerusi Biro Kebajikan PERKEP Malaysia.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …