PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP DI PRK DUN SLIM

Suasana mengundi di PRK DUN Slim

SLIM RIVER: Suasana tempat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, di Dewan di Sekolah Kebangsaan (SK) Slim River, yang berlangsung pada minggu lalu berjalan lancar dengan suasana norma baharu ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih dikuatkuasa di seluruh negara.

Walaupun dalam perjalanan ke tempat pengundian dilihat sedikit kecoh kerana masing-masing penyokong cuba meraih undi, namun suasana masih terkawal.

Selain itu, usaha anggota polis mengawal sepanjang jalan menuju ke tempat mengundi juga menjadikan keadaan terutama di jalan utama ke pusat mengundi dapat dikawal dengan baik.  Pada masa yang sama, beberapa Pegawai daripada MKN Perak turut turun ke pusat mengundi tersebut bagi memantau dan memastikan pematuhan SOP sepanjang proses membuang undi dipatuhi.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …