UNDUK NGADAU, IKON TEMAN PILI BOMBA SABAH

Kota Kinabalu, 24 Oktober 20 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah telah mengambil inisiatif merealisasikan satu kolaborasi yang julung kali diadakan iaitu antara Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama Unduk Ngadau 2019, Cik Francisca Ester Nain.

Pihak Bomba telah melantik Cik Francisca Ester Nain sebagai ikon untuk Program Teman Pili Bomba di bawah Program Taklimat Keselamatan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah. Sijil telah disampaikan oleh Ketua Balai Bomba Jalan Lintas, Puan Agustavia Joe Guasi yang juga berjaya melakar sejarah sebagai Ketua Balai Bomba Wanita pertama Di Sabah.

Program Teman Pili Bomba berperanan untuk memberikan pengetahuan mengenai kepentingan penjagaan pili bomba dan aset kerajaan untuk memastikan ianya berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa semasa berlaku kebakaran. Program ini telah dilancarkan untuk mewujudkan kerjasama erat di antara masyarakat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Kemuncak program ialah Demonstrasi memadam api oleh anggota bomba bersama Unduk Ngadau 2019.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …