Latihan anjuran bersama NACSA dan China-CERT

Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dengan kerjasama China-Computer Emergency Response Team (CNCERT) telah menganjurkan satu latihan teknikal berkaitan dengan teknik pengendalian insiden dan penyiasatan forensik digital selama 3 hari pada 26 sehingga 28 November 2019 bertempat di Menara Cyber Axis, Cyberjaya.

Latihan ini telah dihadiri oleh 54 orang pegawai daripada 31 agensi Kerajaan dan CNII yang memainkan peranan sebagai Pentadbir Rangkaian dan Pentadbir Sistem Aplikasi di agensi masing-masing. Seramai 7 delegasi dari China telah hadir sebagai tenaga pengajar, yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Operasi) CNCERT.

Program kolaborasi ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan untuk memperkasakan Pengurusan CERT di agensi masing-masing dengan memberi panduan dan teknik yang khusus dalam mengendalikan insiden siber.

 

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut