PROGRAM SUNTIKAN VAKSIN HEPATITIS B DAN INFLUENZA, MKN SABAH

18 Oktober 2019, Program Suntikan Vaksin Hepatitis B dan Influenza ini merupakan inisiatif MKN demi menjaga kebajikan pegawai-pegawai dan anggota yang sentiasa menghadapi risiko penyakit berjangkit dalam melaksanakan tugas seharian mereka dalam mengendalikan dan menguruskan Pusat Tahanan Sementara (PTS) yang ada di negeri Sabah. Program ini dilangsungkan secara serentak di tiga buah PTS iaitu pada 18 Oktober 2019 di PTS Kota Kinabalu, PTS Papar dan PTS Sibuga. Manakala PTS Tawau pula akan menjalankan program seumpamanya pada 1 November 2019.

Program ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN), adalah julung kalinya dilaksanakan dengan mendapat kerjasama yang sangat padu daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang membuktikan lagi kewujudan dan kesepaduan jalinan kerjasama di antara jabatan-jabatan persekutuan di negeri Sabah ini. Secara keseluruhannya, seramai 480 orang pegawai dan anggota terlibat dalam program suntikan vaksin yang terdiri daripada pegawai di pelbagai peringkat. Penerima suntikan ini akan menerima faedah secara langsung perlindungan daripada risiko penyakit berjangkit yang juga merupakan kepentingan dan objektif utama program ini dijalankan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …