Sandakan, 4 Disember 2019 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah mensasarkan untuk menghantar pulang seramai 3,909 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melibatkan PATI dari Filipina dan Indonesia.
Penghantaran pulang PATI ini telah dibantu dengan komitmen pada tahap tertinggi oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Sabah, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan pelbagai agensi lain.
Sehingga 3 Disember 2019, jumlah PATI yang telah dihantar pulang sepanjang tahun 2019 adalah seramai 11,340 orang. Ini menjadikan jumlah keseluruhan penghantaran pulang PATI sejak tahun 1990 adalah 589,364 orang.