SIDANG GEOSTRATEGIK SABAH (SGS)

Kota Kinabalu, 7 November 2019 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah telah mengadakan Sidang Geostrategik Sabah selama 3 hari bermula pada 5 hingga 7 November 2019 dengan menghimpunkan seramai 88 orang penjawat awam dan pensyarah daripada 71 agensi perkhidmatan Persekutuan dan Negeri.

Sesi yang berlangsung selama tiga hari itu adalah antara lain untuk membincangkan isu – isu strategik yang mempunyai kepentingan untuk Negeri Sabah dan Malaysia secara amnya.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Dato Dr. Haji Jaujan bin Sambakong dan Penutupan Sidang menyaksikan penyerahan resolusi kepada wakil Kerajaan Negeri Sabah, Tuan Haji Ag Shaminan bin Ag Sahari, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan.

Para peserta amat berpuas hati dan merasakan perbincangan kluster dapat disambung melalui beberapa siri lagi untuk mendapatkan output yang lebih terperinci.

Sidang ini telah membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan agar Rakyat Negeri Sabah terus mendapat keuntungan dan manfaat yang berterusan.

Artikel/Berita Terkini

PANGGILAN SENYAP BUKAN SEMESTINYA SELAMAT!

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PANGGILAN SENYAP …

TANGKAPAN CURI KABEL OLEH BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI (BPJKK) IPD ALOR GAJAH

Alor Gajah – Kejayaan besar dicatatkan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah apabila …

PROGRAM DIDIK KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Keselamatan jalan …