881 PATI DIUSIR KE NEGARA ASAL

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah telah menyelaras tanggungjawab bersama Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan pelbagai agensi lain untuk melaksanakan proses pengusiran pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara asal.

Pada 10 Disember 2019, seramai 762 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina diusir pulang ke negara asal Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, selatan Filipina. Semua yang diusir itu berusia antara satu bulan hingga 80 tahun dari Pusat Tahanan Sementara Papar dan Sibuga.

Manakala PATI warga Indonesia seramai 119 orang telah dihantar pulang pada 12 Disember 2019 melalui pelabuhan Tawau.

Sehingga tarikh 12 Disember 2019, jumlah PATI yang telah dihantar pulang sepanjang tahun 2019 adalah seramai 12,326 orang. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pengusiran PATI sejak tahun 1990 adalah 590,350 orang.

Artikel/Berita Terkini

JANGAN CEPAT LABEL ANAKNAKAL (JENIS 3: GEMAR MELUKIS DI MANA-MANA BENTUK KECERDASAN ANAK)

Ada ibu bapa yang pening apabila melihat dinding rumah, meja atau buku dipenuhi contengan anak. Walaupun perbuatan itu perlu ditegur, …

JANGAN CEPAT LABEL ANAK NAKAL (JENIS 2: TIDAK BOLEH DUDUK DIAM)

Ada anak yang sukar duduk diam walaupun hanya beberapa minit. Mereka gemar berlari, memanjat, melompat dan sentiasa bergerak ke sana …

JANGAN CEPAT LABEL ANAK NAKAL (JENIS 1: SUKA BERTANYA TANPA HENTI)

Setiap kanak-kanak mempunyai cara belajar, berfikir dan mengekspresikan diri yang berbeza. Namun, tidak dinafikan ada ibu bapa yang mudah melabel …