Tinjauan Keselamatan oleh Ketua Pengarah Keselamatan Negara (KPKN)

Tumpat: Ketua Pengarah Keselamatan Negara (KPKN) telah mengadakan Lawatan Sempadan Kelantan pada 28 November 2018.

KPKN yang dalam rangka lawatan rasmi ke Kelantan berkesempatan melawat penempatan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pantai Getting, Tumpat. PGA merupakan salah satu cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan merupakan elemen tempur PDRM bagi mengendalikan operasi punitive bertujuan untuk memberi tekanan terhadap sebarang bentuk pakatan bersejata, kegiatan-kegiatan subversive, pemberontakan dan ancaman yang berlaku di dalam negara Malaysia.

KPKN seterusnya diberikan taklimat oleh Polis Marin Pengkalan Kubor, Tumpat sebelum dibawa menyusuri Sungai Golok bagi meninjau keadaan setempat dan perkembangan keselamatan di kawasan tersebut. Kawalan ketat di sempadan Kelantan-Thailand sejak tahun lalu, menyebabkan kawasan itu lengang kerana hampir tiada lagi aktiviti menyeberang Sungai Golok.

Tuan Haji KPKN seterusnya diberi taklimat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi projek lembangan Sungai Golok (Jalan Kesban). Projek ini dijangka dapat mengurangkan risiko banjir di jajahan berhampiran sungai berkenaan termasuk Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli. Dua komponen utama iaitu projek pengukuhan tebing Sungai Golok dan projek tebatan banjir di sepanjang sungai tersebut. Selain itu, Tuan Haji KPKN turut dibawa melawat ke Batu Sempadan Antarabangsa di Tebing Sungai Golok dan turut berkesempatan membuat tinjauan sempadan Bukit Lata-Mundok.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …