Perlawanan Persahabatan NSC FC vs LWB FC

Perlawanan persahabatan bola sepak antara National Security Council FC dan Laskar Wizurai B FC telah berlansung pada 29 April 2019 di Padang Bola Sepak Sintetik Presint 8, Putrajaya.

Perlawanan ini berlangsung dengan baik sekali dan diadili oleh pengadil yang profesional. Objektif utama perlawanan persahabatan ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim, meningkat semangat kesukanan daripada kedua-dua belah pihak disamping mencergaskan minda dan kesihatan selepas penat bekerja dalam tugasan seharian.

Turut bersama-sama dalam perlawanan persahabatan ini ialah En. Khairil Hilmi Bin Mokhtar, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan MKN. Penyertaan dan sokongan daripada kedua-dua belah pasukan amat memberangsangkan. Penonton daripada warga MKN turut memeriahkan lagi suasana perlawanan pada malam tersebut. Keputusan perlawanan adalah seri 4-4.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …