Program Pemukiman (Retreat ) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2018

Bahagian Korporat dan Dasar bersama-sama Bahagian Khidmat Pengurusan telah berjaya mengajurkan Program Pemukiman (Retreat ) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2018 pada 23 hingga 25 November 2018 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands yang dihadiri lebih kurang 60 orang peserta terdiri daripada Pengarah Bahagian dan Pengarah Keselamatan Negeri bersama pegawai masing-masing.

Program ini telah membincangkan mengenai MyPortfolio, MyPerformance, MyTakwim dan input-input Activity Performance Management Committee (APMC) yang berpandukan kepada 6 Objektif Strategik MKN seterusnya merangka hala tuju Majlis Keselamatan Negara bagi tahun 2019.

Pengarah Bahagian dan Pengarah Keselamatan Negeri bersama pegawai masing-masing bergambar kenangan di hadapan IAB, Genting Highlands.

Salah satu sesi perbincangan sewaktu Program Pemukiman (Retreat ) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2018

Program ini telah berjaya menghimpunkan semua pandangan untuk merangka gerak kerja bersama tahun 2019 dan dilihat semua peserta lebih bersemangat dan bersedia untuk menjayakan agenda MKN pada tahun hadapan.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …