TPM hadir mesyuarat Lembaga Penasihat ESSZONE

BERITA HARIAN, KOTA KINABALU, 17 April: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempengerusikan mesyuarat kali pertama Lembaga Penasihat Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). Mesyuarat itu dipengerusikan bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah di Sri Gaya di sini. Yang turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Sukiman; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.

Penubuhan Lembaga Penasihat ESSZONE diputuskan oleh Mesyuarat Sidang Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 10 Januari lalu bagi memantapkan lagi mekanisme sedia ada dengan bidang tugas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Penasihat ESSZONE di Sri Gaya, Kota Kinabalu. Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta Ketua-Ketua Agensi Keselamatan Negara. – Foto Izhari Ariffin.

Antaranya menasihati Jawatankuasa ESSZONE yang dipengerusikan Ketua Menteri Sabah mengenai langkah memantap dan mengukuhkan keselamatan dan ketenteraman awam di ESSZONE berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 dan 2014 dan Arahan Eksekutif No 1 Tahun 2014.

Keanggotaan lembaga penasihat ini terdiri daripada Ketua Pengarah Keselamatan Negara; Panglima Angkatan Tentera; Ketua Polis Negara, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Ketua Pengarah Imigresen. Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia; Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri akan menjadi Urusetia kepada Lembaga Penasihat ini.

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut