Ahmad Zahid, Musa pengerusi Mesyuarat Lembaga Penasihat Esszone

UTUSAN MALAYSIA, KOTA KINABALU 17 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman mempengerusikan bersama Mesyuarat Lembaga Penasihat Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang pertama di sini hari ini.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 10.30 pagi itu turut dihadiri anggota Lembaga Penasihat Esszone antaranya Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Tan Sri Dr. Zulkifeli Mohd. Zin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar serta Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.

Menurut kenyataan Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri akan menjadi urusetia kepada Lembaga Penasihat itu.

“Pewujudan Lembaga Penasihat Esszone ini diputuskan oleh Mesyuarat Sidang Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Januari lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri menambah, penubuhan Lembaga Penasihat itu akan dapat memantapkan lagi pengurusan keselamatan di Esszone yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi di peringkat persekutuan serta negeri.

Kata beliau, ini bagi memastikan ancaman-ancaman keselamatan seperti penculik untuk tebusan, penyeludupan, kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan cubaan kali kedua pencerobohan pengganas Sulu.

“Rakyat Sabah khususnya di pantai timur perlu sentiasa peka dan prihatin mengenai ancaman-ancaman ini selain memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Esscom dalam menyalurkan maklumat mengenai ancaman tersebut,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, sebanyak empat kertas pembentangan yang dibincangkan dalam mesyuarat pertama itu

Artikel/Berita Terkini

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI MELAKA BIL 1/2024

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri …
Maklumat Lanjut

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA AGENSI KESELAMATAN (REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH) NEGERI MELAKA

Bukit Beruang, 28 Mac – Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka, Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan turun padang bagi …
Maklumat Lanjut

OPS PENGARAH MAC 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengadakan Ops Pengarah yang mensasarkan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya …
Maklumat Lanjut