Dasar Keselamatan Negara diperkasa – PM

BERITA HARIAN 19 JULAI 2017 – PUTRAJAYA

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Dasar Keselamatan Negara yang digubal selaras dengan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 menetapkan sembilan Nilai Teras Negara yang perlu dipertahankan melalui 20 strategi utama.

Beliau berkata, dasar berkenaan diperkenalkan sebagai dokumen rujukan utama kepada semua agensi Persekutuan dan negeri dalam menggubal dasar sedia ada bagi memastikan negara berupaya mencegah dan menangani pelbagai ancaman keselamatan yang semakin dinamik dan kompleks.

“Ini kerana keselamatan negara Malaysia pada asasnya merujuk kepada suatu situasi bebas daripada ancaman terhadap nilai teras negara, sama ada ia berbentuk ancaman dari dalam mahu pun luar,” katanya ketika berucap melancarkan Buku Dasar Keselamatan Negara di Perdana Putra di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Kabinet; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Perdana Menteri juga mahu semua agensi peringkat Persekutuan dan negeri merujuk Dasar Keselamatan Negara dalam penggubalan dasar baharu, selain memastikan dasar sedia ada terutama berkaitan keselamatan negara konsisten dengan dasar baharu itu.

Katanya, sejajar dengan perubahan pantas lanskap keselamatan dunia, kerajaan memutuskan agar Dasar Keselamatan Negara itu akan disemak sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

Artikel/Berita Terkini

WARGA ASING SALAH GUNA PAS LAWATAN SOSIAL UNTUK BEKERJA: JIM TERENGGANU PERHEBAT PENGUATKUASAAN

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu terus mempergiatkan penguatkuasaan terhadap warga asing yang disyaki menyalahgunakan pas atau permit imigresen, termasuk …

PEMINDAHAN TAHANAN PULANG KE NEGARA ASAL

𝗥𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨 𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚, 𝟯𝟬 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah melaksanakan tugas pemindahan pulang tahanan warganegara Thailand ke …

CAWAN DAH BERKARAT DAN SUMBING, TOLONGLAH TUKAR

Konsep kedai boleh klasik. Cawan untuk pelanggan tetap kena elok. Dalam gambar ini, kelihatan beberapa bahagian salutan sudah tertanggal.  Jika …