PARAS BIOTOKSIN TURUN, NAMUN KERANG PORT DICKSON BELUM SELAMAT DIMAKAN

Ujian makmal oleh Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur (PBPKL) terhadap sampel air laut dari perairan Port Dickson beberapa hari lepas mendapati paras biotoksin menunjukkan trend penurunan, iaitu di bawah 800 bahagian per bilion (ppb).

Menurut Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS), Kasim Tawe, bagaimanapun larangan mengutip dan memakan kupang serta kerang-kerangan di kawasan berkenaan masih dikekalkan buat masa ini, sehingga pemantauan lanjut selesai.

Paras biotoksin sudah menunjukkan penurunan sedikit daripada paras bahaya, tetapi kami memerlukan sedikit masa lagi untuk pengambilan sampel bagi memastikan paras biotoksin kekal rendah dan stabil.

Buat masa ini, larangan mengambil dan memakannya masih dikekalkan. Kami akan melakukan pengambilan sampel secara berkala setiap minggu bagi memastikan bacaan paras biotoksin benar-benar selamat.

Kasim sebelum ini dilaporkan berkata, pengusaha dan penternak melalui sistem pancang dan panggar kupang dari Sungai Sekawang ke Tanjung Teluk, Pasir Panjang, diminta menghentikan sementara kerja mengambil, mengutip, mengeluarkan dan menuai kerang-kerangan dari perairan Port Dickson.

Larangan itu dikeluarkan sehingga siasatan serta pemantauan pihaknya selesai dijalankan, dan orang awam dinasihatkan supaya tidak makan kerang-kerangan dari kawasan terbabit bagi mengelakkan risiko keracunan makanan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …