LATIH AMAL KESELAMATAN EX KESIDANG 2025 

Ayer Keroh – Melaka terus memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan menjelang penganjuran World Tourism Day & World Tourism Conference 2025 pada 27–29 September 2025. Acara bertaraf dunia ini bakal menghimpunkan ribuan delegasi antarabangsa dan Melaka kini bersedia menjadi tuan rumah yang selamat dan teratur.
Datuk Kumar sebagai Moderator Latih Amal  
Latih Amal EX KESIDANG 2025 yang dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka dilaksanakan pada 18 September 2025 di Dewan Bistari Ayer Keroh, Melaka ini melibatkan 121 pegawai dan anggota daripada 33 jabatan/agensi keselamatan, perubatan dan kecemasan, penyelamat, penguatkuasaan, PBT, teknikal dan komuniti serta swasta.
📌 Matlamat Latih Amal:
✅ Uji tahap kesiapsiagaan menghadapi sebarang ancaman.
✅ Mantapkan penguasaan SOP – tindakan pantas & tepat.
✅ Perkukuh kerjasama bersepadu antara jabatan & agensi.
✅ Kenal pasti kelemahan untuk segera ditambah baik.
Dato’ Dzulkhairi, perasmi Latih Amal
💡 Latih amal yang dirasmilkan oleh YDH DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka, ini berpandukan Arahan MKN No. 18 – Pengurusan Krisis & Keganasan dilaksanakan selaras amanat YAB Ketua Menteri Melaka melalui Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) serta penyelarasan bersama YDH Ketua Polis Melaka dan YBhg. Panglima 1 Briged melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri Melaka (JPGN).
Turut hadir memimpin sesi latih amal:
👤 Moderator Latih Amal : YDH DCP Datuk M.V. Sri Kumar Madhavan Nair, Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (Kepolisan Am/Krisis Bencana), Bukit Aman
👤 Pengarah MKN Negeri Melaka, Encik Norazle bin Sulaiman
👤 Penolong Pengarah Bahagian Perisikan & Pengurusan Krisis Negara MKN JPM, Mejar Nik Mohd Suhaimai bin Nik Yahya
Dengan kesepaduan ini, Melaka bersedia memastikan keselamatan, kelancaran dan kejayaan penganjuran acara antarabangsa yang akan menjadi kebanggaan rakyat negeri dan negara. 💪🇲🇾

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …