JIM TERENGGANU LAKSANAKAN PEMINDAHAN 109 TAHANAN KE NEGARA ASAL

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu telah melaksanakan pemindahan seramai 109 tahanan ke negara asal melibatkan warganegara Bangladesh (20 orang), Indonesia (62 orang), Pakistan (7 orang), Mesir (7 orang), Kemboja (6 orang), Vietnam (2 orang), India (4 orang) dan Syria (1 orang). Pecahan jantina terdiri daripada 101 lelaki, 26 perempuan dan 1 kanak-kanak lelaki. Operasi pemindahan ini dilaksanakan oleh Unit Pemindahan dengan dibantu Pasukan Iring Kawal Depot Imigresen Ajil, bermula dari Depot Imigresen Ajil, Hulu Terengganu ke Terminal 1 dan 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kesemua tahanan berusia antara 13 hingga 57 tahun telah melalui proses perundangan negara serta melengkapkan dokumentasi di kedutaan negara masing-masing sebelum dipindahkan. Mereka turut disenarai hitam daripada memasuki Malaysia atas kesalahan yang telah dilakukan.

Operasi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JIM Terengganu dalam memastikan pengurusan tahanan di Depot Imigresen Ajil dilaksanakan secara berjadual dan teratur.

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …