OPS SELERA DAN OPS SAPU: 22 PATI DITAHAN DI BESUT

Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah melaksanakan pemeriksaan melalui Ops Selera dan Ops Sapu di sekitar daerah Besut pada 11 Ogos 2025 bermula jam 8.00 malam hingga 6.00 pagi.

Pemeriksaan melibatkan lima premis di sekitar kawasan operasi dengan keseluruhan 36 individu diperiksa. Hasil pemeriksaan telah membawa kepada penahanan 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang terdiri daripada 8 lelaki, 6 perempuan, 3 kanak-kanak lelaki dan 5 kanak-kanak perempuan berusia antara 7 bulan hingga 49 tahun. Seorang majikan warga tempatan turut diberi notis hadir ke pejabat untuk siasatan lanjut.

Mengikut pecahan, tangkapan melibatkan 15 warga Indonesia dan 7 warga Thailand atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 termasuk Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Antara lokasi pemeriksaan adalah medan selera, kedai makan, rumah pekerja dan premis kediaman di sekitar Kampung Raja, Kuala Besut dan Kampung Gong Bayor.

Kesemua PATI yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Ajil untuk siasatan lanjut dan tindakan sewajarnya. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu menegaskan komitmen untuk terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi membanteras kemasukan dan keberadaan pendatang asing tanpa izin di negeri ini, di samping menyeru masyarakat untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti yang melanggar undang-undang imigresen.

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …