PENULISAN YANG BAIK

Pernahkah kita membaca sebuah penulisan dan merasa seperti masa seolah-olah berhenti untuk kita. Bagaikan setiap baris ayat terlalu dekat dan memberi kesan yang tidak mampu diluahkan. Itulah penanda sebuah penulisan yang hebat. Bukan hanya menyampaikan maklumat dan penceritaan tetapi satu kemahiran yang diolah melalui pemahaman apa yang dimahukan si pembaca.

Asasnya, penulisan yang baik terletak pada isinya yang jelas dan padat. Sebelum menulis, selain bertanyakan pada diri, “apakah yang ingin aku sampaikan?”, barangkali kita juga harus mempersoalkan “apakah yang pembaca mahukan?”. Sebuah penulisan yang baik akan menyatakan tujuannya dengan jelas, mempunyai hujah yang tersusun dan memberi pengalaman membimbing pembaca dari satu idea ke satu idea yang lain tanpa terputus. Strukturnya harus logik, tidak bercampur aduk. Awalan penulisannya harus terus menangkap jiwa diadun dengan isi yang berkembang dan dirumuskan pada penutup yang kuat menjadi ingatan meskipun penulisannya sudah berakhir di noktah paling hujung.

Namun, harus diingat, isi yang bernas sekalipun akan tampak hambar tanpa penggunaan bahasa yang bertenaga dan lenggok ayat yang menawan. Sepertilah menyaksikan sebuah persembahan, kalau bahasa yang dilontarkan terlalu kaku, pelakon bintang besar sekalipun takkan mampu mengekalkan penonton di kerusinya. Di sinilah seni harus bermula. Pilihlah kosa kata yang jitu dan perkataan yang tidak berulang. Ayat pendek-pendek untuk menyampaikan impak yang kuat manakala ayat yang panjang disusun untuk melancarkan huraian tanpa kekeliruan. Sesekali, digunakan juga metafora dan analogi bagi memberikan lebih inti buat santapan fikiran yang mahukan kelainan.

Pada akhirnya, menulis dengan baik adalah tentang membina jambatan antara minda sang penulis dan si pembaca. Ia bukan sekadar menyusun fakta tetapi mengadunnya dengan gaya, emosi dan sepenuh penjelasan.

Yang apabila digabungkan melalui isi yang mantap, bahasa yang indah dan struktur yang kukuh, maka terhasillah sebuah penulisan yang bukan sahaja dibaca tetapi dirasai dan diingati.

 

Disediakan oleh:

Mior Ahmad Shah Mior Shahidin

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …