3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu untuk mendekatkan golongan masyarakat setempat perhubungan yang baik serta menjadikan masyarakat setempat sebagai mata dan telinga kepada pihak keselamatan dalam usaha mencegah jenayah di kawasan kejiranan.
Program bersama msyarakat merupakan perkongsian pintar antara pihak PDRM dalam usaha mencegah jenayah dan menyebarkan kesedaran berhubung keselamatan komuniti. Inisiatif ini mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat khususnya penduduk tempatan untuk memainkan peranan yang lebih aktif bagi mewujudkan suasana yang lebih selamat dan berisiko rendah dari ancaman kegiatan jenayah.
Ini selari dengan Teras 7 Dasar Keselamatan Negara 2021-2025: Keselamatan Rakyat di mana setiap warganegara adalah perlu bersikap patriotik dan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap keselamatan dan kelangsungan negara.
Antara pengisian dalam program ini ialah sesi taklimat dan soal jawab mengenai Isu-Isu Keselamatan di Malaysia dan Negeri Sembilan yang di sampaikan oleh Timbalan Pengarah, MKN NS, Encik Nurizuan bin Sahar. Ceramah Ancaman Jenayah Siber dan Scammer oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, IPD Jelebu dan Taklimat Peluang Keusahawanan dan Pendidikan oleh Pejabat Majlis Amanah Rakyat, Daerah Jelebu dan ceramah Pencegahan Jenayah, Kesalahan Narkotik dan Trafik dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPD Jelebu.