LARANGAN MINUM ARAK DI TEMPAT AWAM DIKUAT KUASA DI NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan menguatkuasakan larangan minum minuman keras di tempat awam berserta kompaun serta-merta, dengan denda hingga RM2,000 bagi individu yang melakukan kesalahan tersebut.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun, larangan itu telah lama wujud, namun ketiadaan tindakan penguatkuasaan melalui kompaun menyebabkan masalah itu terus berulang. Larangan atas kesalahan itu akan dikuatkuasakan sepenuhnya dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, larangan minum minuman keras di tempat awam seperti di taman rekreasi, taman kanak-kanak dan juga pantai awam adalah bagi menghormati sensitiviti masyarakat.

PBT dan pihak polis boleh mengambil tindakan menghalau dan mengenakan kompaun kepada mana-mana individu yang melakukan kesalahan minum minuman keras di tempat awam.

Sumber: Berita RTM

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …