PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai palsu.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim, mangsa membuat laporan berhubung kejadian pada Khamis selepas menyedari ditipu. Kejadian bermula pada 21 April lalu apabila mangsa yang berusia awal 50-an tertarik dengan tawaran pelaburan oleh seorang individu yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Mangsa telah berurusan dengan suspek melalui platform e-dagang dan diminta untuk membuka akaun eBay bagi menjalankan jualan serta pelaburan melalui kedai atas talian menggunakan nama sendiri. Mangsa telah membuat 43 transaksi pindahan wang ke dalam 19 akaun berbeza seperti diarahkan suspek membabitkan jumlah keseluruhan RM677,890.

Mangsa hanya menyedari telah ditipu selepas gagal mengeluarkan semula wang modal dan keuntungan yang dijanjikan. Susulan laporan yang dibuat, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Siasatan sedang dijalankan untuk mengesan dan menangkap suspek.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa membuat semakan dengan pihak berkuasa sebelum menyertai sebarang skim pelaburan, selain tidak berkongsi maklumat perbankan kepada individu yang tidak dikenali.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …