SUSPEK MILIKI 23 REKOD JENAYAH CUBA LARI DARI POLIS, REMPUH DUA KENDERAAN

Tindakan mencurigakan sebuah kenderaan di Jalan Tampin-Seremban awal Ahad membawa kepada penahanan tiga individu termasuk seorang daripadanya mempunyai 23 rekod jenayah lampau. Kejadian berlaku sekitar jam 1.20 pagi apabila sepasukan polis yang sedang menjalankan rondaan rutin mengesan sebuah kenderaan jenis Honda HR-V berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) itu bertindak melarikan diri dengan memecut laju kenderaan apabila diarahkan berhenti untuk pemeriksaan. Pihak polis telah mengejar kenderaan suspek dari Jalan Tampin-Seremban sehingga ke Jalan Kajang sebelum kereta suspek terbabas dan melanggar dua kenderaan lain di kawasan perumahan.

Terdahulu, beberapa video berhubung kejadian tular di media sosial termasuk gambar suspek serta keadaan kenderaan penduduk rosak dilanggar kereta suspek. Pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki bersama dua wanita berusia lingkungan 28 hingga 30 tahun di dalam kenderaan tersebut. Polis turut merampas satu bungkusan yang disyaki mengandungi dadah jenis syabu.

Semakan mendapati lelaki terbabit mempunyai sebanyak 23 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan dan kesemua suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan.Kes siasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …