ROKOK SELUDUP BERNILAI RM168,060 DIRAMPAS DI BELURAN

RAMPAS: Semua rokok yang disyaki di seludup masuk dari negara jiran itu dirampas.

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas pelbagai jenis rokok disyaki diseludup bernilai RM168,060 dalam serbuan di Kampung Kumbabangan Paitan, Beluran, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 6 pagi itu, pasukan operasi turut menahan seorang lelaki warga Pakistan berusia 41 tahun.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, serbuan dijalankan hasil daripada maklumat dan pemantauan Unit Risikan Marin.

“Hasil pemantauan itu mengesan pergerakan satu lelaki yang mencurigakan dipercayai sedang menjalankan urus niaga rokok.

“Pasukan operasi kemudian melakukan serbuan dan pemeriksaan, didapati lelaki terbabit mengaku bekerja sebagai pembantu kedai,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas premis dan saksikan oleh suspek menemui longgokan kotak berisi rokok pelbagai jenis disyaki tidak bercukai.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM168,060 dan siasatan masih dijalankan mengikut Akta Kastam 1967.

“PPM Wilayah Empat Sabah akan terus Komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …