80 RUMAH DI DUA KAMPUNG TERJEJAS RIBUT

Dianggarkan sebanyak 80 rumah di Kampung Baru Ayer Hitam dan Felda Lui Barat mengalami kerosakan akibat dilanda ribut sekitar jam 4.30 petang, Sabtu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, jumlah sebenar rumah yang terjejas masih dalam proses dikenal pasti dan dijangka meningkat.

Ribut menyebabkan begitu banyak rumah mengalami kerosakan dan jumlah sebenar masih belum dapat dipastikan. Beliau bersama Ketua Peneroka Negeri Sembilan, pimpinan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Felda Lui Barat, serta petugas Pejabat ADUN telah turun padang untuk meninjau keadaan dan mengambil tindakan awal bagi membantu mangsa yang terjejas.

Beliau turut memaklumkan bahawa penduduk yang terjejas telah ditempatkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lui Barat pada jam 6.45 petang.

Selain itu, kejadian rebut berkenaan turut menyebabkan asrama SMK Lui Barat ditutup sementara atas faktor keselamatan, dan pelajar diminta untuk berulang-alik dari rumah selama tiga hari bermula Isnin ini.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …