IKTIRAF SUMBANGAN ATLET PARA

Bandaraya Melaka – Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan kepada semua atlet Para Sukan Malaysia (SUKMA) Melaka yang cemerlang, sekali gus mengharumkan nama Melaka pada temasya Para SUKMA Sarawak 2024 yang lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kecemerlangan atlet Para Melaka di pentas nasional juga perlu diberikan penghargaan tanpa mengira pangkat atau kekurangan.

“Saya ambil pendekatan bahawa semua lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan mesti diberikan penghargaan dan ruang untuk berkarya mengikut kelebihan diri masing-masing.

“Mungkin mereka ini ada kekurangan daripada aspek fizikal, namun ia tidak mematahkan semangat atlet Para SUKMA Negeri Melaka ini menggapai kejayaan. Saya amat terharu kerana dalam kepelbagaian sifat mereka, ada semangat yang tinggi dengan membawa nama negeri bertuah ini.

“Sehubungan itu Kerajaan Negeri amat menghargai peranan mereka dalam mempromosikan nama Melaka di peringkat SUKMA Sarawak baru-baru ini dan diharapkan golongan ini sentiasa diperkasa dalam menghargai peranan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta kenamaan lain.

Terdahulu pada majlis tersebut seramai 20 atlet Para SUKMA Negeri Melaka menerima insentif dengan keseluruhan jumlah RM99,775.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …