WRUR: WAYANG PACAK IMBAU NOSTALGIA

Pengkalan Batu – Tayangan Wayang Pacak yang dibawakan khas pada program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu berjaya mengembalikan nostalgia zaman dulu kala.

Tayangan istimewa itu diadakan di tanah lapang Kampung Bukit Piatu Utara dan dihadiri lebih 100 penduduk sekitar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu Datuk Kalsom Noordin berkata, tayangan wayang pacak amat terkenal sekitar tahun 1960 dan 1970-an yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.

Jelasnya, ia memandangkan pada waktu itu, tidak ada televisyen dan bekalan elektrik di kampung-kampung membuatkan program itu sentiasa dinanti-nantikan masyarakat.

“Masyarakat pada zaman dahulu berpeluang untuk menonton tayangan gambar yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan dengan menggunakan generator yang dibawa.

“Malah, menerusi tayangan itu juga, penduduk setempat pada ketika itu hanya mendapat atau memperoleh maklumat mengenai isu-isu yang berlaku yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan sebelum tayangan bermula.

“Oleh itu, bersempena Program WRUR DUN Pengkalan Batu, saya membawa semula program ini supaya kita dapat mengimbau kembali kenangan lalu yang dilalui oleh zaman nenek moyang kita dan seterusnya mengajak rakyat bersyukur dengan nikmat kemajuan negara telah dibangunkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu dan sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Pengkalan Batu: Wayang Pacak di Kampung Bukit Piatu Utara, baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem; Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah Noor Adha Hashim; pemimpin setempat dan lain-lain kenamaan.

Kalsom yang juga Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri berkata, menerusi program itu, ia dapat menjadi medan kepada pemimpin turun padang dan beramah mesra dengan masyarakat setempat.

Pada masa sama, ujar beliau, ia juga dapat menyampaikan maklumat terkini mengenai dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa yang berlaku dalam negara, selain mendidik masyarakat agar tidak terpengaruh dengan berita-berita palsu yang boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.

“Saya juga amat berharap melalui program seumpama ini, ia dapat mewujudkan kebersamaan serta membina keharmonian antara pemimpin dan rakyat seterusnya menerapkan nilai-nilai murni berlandaskan tonggak Malaysia MADANI.

“Adalah menjadi harapan saya agar keharmonian dan sikap bekerjasama yang ditonjolkan melalui program seperti ini akan menjadi amalan hidup seharian dan berkekalan sehingga generasi akan datang,” katanya lagi.

Terdahulu, program itu turut diselitkan dengan perkongsian mengenai jenayah siber yang disampaikan Mohd Noor Helmy yang juga ‘influencer’ jemputan.

Turut diadakan pameran dan aktiviti menarik yang dibawakan Jabatan Penerangan Negeri Melaka dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Melaka.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …