STESEN JANAKUASA TUANKU JAAFAR PD MELETUP, TERBAKAR

Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar di sini meletup dan terbakar sehingga mengejutkan penduduk sekitar, malam tadi. Menurut Komander Operasi Kanan, Mohd Kamal Mohd Timar,menurut maklumat awal daripada pemanggil yang menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson pada jam 9.09 malam, berlaku letupan di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar.

Susulan itu, pasukan bergegas ke lokasi yang terletak sejauh kira-kira satu kilometer. Selain BBP Port Dickson, pasukan HAZMAT dari BBP Seremban 2 yang diketuai Komander Operasi, PBKI (KUP) Sabarudin Ahmad, turut dikerahkan ke tempat kejadian. Operasi sedang dijalankan bagi memadamkan api yang agak besar.  Bagaimanapun setakat ini tiada mangsa dilaporkan terperangkap dalam kejadian itu.

Tindakan ‘size-up’ dilakukan di lokasi bagi mencari punca letupan, dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan melalui Facebook, mengesahkan berlaku insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, malam tadi. Menurut TNB, keadaan adalah terkawal, dan pasukan teknikal telah segera dikerahkan ke lokasi bagi menilai situasi serta mengambil langkah untuk memastikan keselamatan semua pihak.

Buat masa ini, bekalan elektrik kepada pengguna tidak terjejas dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. TNB akan terus memantau perkembangan situasi ini dan memberi maklumat terkini sekiranya diperlukan. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …