SYARIKAT LOGISTIK DIDENDA RM190,000 MILIKI DIESEL TANPA LESEN

Sebuah syarikat perkhidmatan logistik didenda RM190,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan memiliki 36,654 liter diesel tanpa lesen, dua tahun lalu. Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu selepas KIJ Global Sdn Bhd yang diwakili pengarahnya, Nazrulkamal Mohammad, 43, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Setelah meneliti fakta kes dan mengambil kira faktor kepentingan awam, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM190,000 terhadap syarikat KIJ Global Sdn Bhd.  Mahkamah turut memerintahkan wang hasil jualan RM106,296.60 dan kapal tangki Aliya Sari dilucut hak kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Mengikut pertuduhan, syarikat itu didapati memiliki barang kawalan iaitu 36,654 liter diesel dalam keadaan menimbulkan syak yang munasabah untuk melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan dengan diesel secara borong tanpa lesen. Kesalahan dilakukan di sebuah jeti di Kampung Tanjung Agas, pekan Pasir Panjang, Port Dickson kira-kira jam 9 pagi 10 November 2023. Kesalahan di bawah Peraturan 21(1) Peraturan-Peraturan yang sama dibaca bersama Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22(2) akta sama.

Mana-mana badan korporat atau pertubuhan yang melakukan kesalahan di bawah akta ini boleh dihukum denda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan kali kedua dan berikutnya, didenda tidak melebihi RM5 juta, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Alimah Mohd Sanusi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000

SELUDUP: Suspek dan semua minuman keras tidak bercukai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut. BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS

Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah …
Maklumat Lanjut

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut