KESELAMATAN MAKANAN, TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA

Dalam usaha dan langkah untuk mengurangkan masalah kekurangan zat makanan, populasi dunia masih lagi digugat dengan pelbagai bentuk ancaman berkait dengan makanan. Masalah kekurangan vitamin dan mineral, obesiti serta penyakit tidak berjangkit bermaharajalela dalam masyarakat awam kini. Ancamannya tidak hanya terhenti setakat itu sahaja, tetapi juga melibatkan suatu aspek yang agak kurang diberi perhatian namun wajar dititikberatkan secara signifikan iaitu aspek keselamatan makanan. Ia jarang dibicarakan tetapi menjadi unsur penting dalam kerangka pemilihan makanan berdasarkan konsep halal dan tayyib.

Industri makanan boleh mempengaruhi kesihatan manusia secara langsung dan oleh itu memastikan keselamatan dan kebersihan makanan sangat penting kerana membantu melindungi kesihatan pengguna daripada penyakit bawaan makanan dan keracunan makanan.

Memastikan makanan yang dihasilkan, dipasarkan, dimasak dan dimakan bebas daripada sebarang pencemaran serta jangkitan mikrob adalah menjadi keutamaan bagi setiap pihak yang berkepentingan dalam penghasilan makanan mahupun pengguna. Jutaan manusia yang jatuh sakit setiap tahun disebabkan  mengambil makanan yang tidak selamat.

Penyakit bawaan makanan menghalang perkembangan sosioekonomi dengan menekan sistem penjagaan kesihatan, serta merugikan ekonomi, pelancongan dan perdagangan negara.

Banyak insiden yang berkaitan dengan keselamatan makanan membuka mata masyarakat dalam memastikan penjualan dan pembelian makanan di pasaran tempatan termasuk yang diimport adalah selamat. Pelbagai langkah digembleng oleh pihak kerajaan dalam usaha menjaga kualiti dan keselamatan makanan sama ada di peringkat pengusaha industri mahupun di premis makanan. Ini dapat memastikan agar penghasilan makanan adalah selamat tanpa mudarat dan memberi pilihan premis makanan yang bersih dan selamat kepada pengguna.

Namun begitu, bagaimana pula tahap kawalan keselamatan makanan sekiranya berada di rumah? Aspek keselamatan makanan tidak hanya tertakluk kepada usaha kerajaan untuk mengawalnya tetapi ia juga memerlukan komitmen pengguna. Ini kerana pencemaran boleh berlaku dalam setiap peringkat dan proses yang membabitkan makanan. Sebab itu, kesedaran pengguna harus ditingkatkan melalui program pendidikan amalan kebersihan diri dan sanitasi makanan yang baik.

Menjadi satu bencana kepada masyarakat sekiranya makanan yang kita ambil dalam kehidupan ini tidak selamat. Justeru, masih banyak yang perlu dibuat dan dianalisis oleh semua pihak yang berkepentingan dalam rantaian makanan bagi memperkasakan susun atur strategi dalam bidang pertanian, perdagangan, pendidikan, kesihatan dan perlindungan sosial demi menyediakan makanan yang sihat dan selamat untuk semua. Penyepaduan usaha daripada semua akan menentukan tahap keselamatan makanan dan kesihatan kita dan generasi akan datang.

 Sumber: Astroawani.com; IKM ; Foodsafely.org

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …