BOT TUNDA, LAPAN KRU DITAHAN TANGKAP IKAN DI ZON LARANGAN

TAHAN: Bot pukat tunda ditahan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen menunda bawah tiga batu nautika di sini.

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Labuan menahan sebuah bot pukat tunda kerana disyaki melanggar syarat sah lesen menunda bawah tiga batu nautika di sini.

Bot dikendalikan seorang juragan dan tujuh kru itu ditahan kira-kira jam 3.30 petang di lokasi 0.7 nautika Barat Pulau Sapi.

Pengarah Maritim Malaysia Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, bot peronda Maritim yang sedang melakukan rutin operasi rondaan menahan bot pukat tunda berkenaan hasil daripada pemantauan yang dilakukan secara berterusan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot yang dinaiki juragan dan tujuh kru melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen kerana menunda bawah tiga batu nautika.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati, dua daripada kru bot melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Selain itu, beliau berkata kesalahan mengikut Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 turut dikesan selepas gagal melaporkan pertukaran nakhoda.

“Bot dan kru yang ditahan bersama ikan campur anggaran 30 kilogram diring ke Jeti Maritim Sepanggar untuk siasatan lanjut.

“Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM120,000,” katanya.

Katanya, Maritim Malaysia akan memantau kawasan tumpuan di mana aktiviti ini sering dilakukan oleh bot-bot nelayan yang ingkar dan mengabaikan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Beliau menyeru orang awam terutamanya komuniti maritim untuk terus menyalurkan sebarang maklumat sekiranya terdapat apa-apa aktiviti yang mencurigakan melalui saluran yang betul dengan memaklumkan pihak Maritim Malaysia dengan kadar segera.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …